Saturday, 27 July 2013

TV AlHijrah : AL-MARAAYA


Saya tonton TvHijrah semalam rancangan AL-MARAAYA,
ilmu yang saya paling ingat :

1) kita perlu IKHLAS dalam melakukan segala perkara.
2) Ikhlas semuanya kerana Allah, bukan manusia.
3) Jangan mengharapkan balasan dari manusia langsung !!
4) Jangan ada riak dalam hati, 
kerana Allah takkan pandang amalan orang yang ada perasaan riak.

Subhana Allah, harap2 dijauhi perasaan riak dalam diri kita , Amin .

Already 18th Ramadhan, how ur Quran recitation ? :)

Come on ! Let's upgrade our recitation ! 
Not just recite but understand the meaning too ♥ 






Sunday, 21 July 2013

Imam Gaza


Yesterday, Imam dari Gaza datang jadi Imam di masjid dekat rumah saya,
Tujuan Imam ini datang adalah untuk program Tabung Palestin,
seperti yang kita tahu, sebab apa yang berlaku di Mesir sekarang,
Gaza tidak dapat saluran bekalan dan bantuan kepada mereka.
So, dengan cara ini mereka ingin meminta bantuan,
bulan Ramadhan yang mulia inilah peluang kita untuk
 bersedekah dengan pahala yang berganda2 !

Ini dapat kita perhatikan menerusi satu hadis Nabi bermaksud, dari Ibnu Abbas, berkata: 
“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadan" 
(Hadis Bukhari dan Muslim)

Program ini menjual button Palestin, kain dan megedarkan tabung bantuan,
Alhamdulillah, dengar2 banyak kutipan yang telah diberikan :)

Imam ini sempat memberikan ucapan selepas solat Isyak,
diterjemah oleh seorang pelajar lelaki dari UIA
beliau memceritakan keadaan di Gaza, sangat sedih ...
yang paling saya ingat terdapat juga mereka yang lama tidak melihat matahari kerana
 tak keluar2 dari tempat persembunyian kerana takut diserang, Masya Allah !
mungkin yang kita mampu buat hanyalah berdoa dan menderma,
harap suatu hari nanti semua penderitaan sandara Islam kita disana akan berakhir !

Selepas itu, Imam m'imamkan kami solat Terawih,
sangat merdu bacaannya,
sampai ada makcik sebelah saya mahu menagis mendengarnya,
apabila beliau membaca doa,
seperti mendengar orang bertaranum Al-Quran,
sangat sedap bacaannya,
mereka disana sangat banyak ahli2 tahfiz, dididik dari kecil
semoga Allah melindungi mereka disana , Amin .




Friday, 19 July 2013

RAMADHAN : 3 langkah mengekalkan ketaatan beribadah :)



1. Banyakkan minta doa kepada Allah
2. Jaga pendengaran, pertuturan & penglihatan
3. Semasa beribadah, pastikan hati sentiasa hadir kepada Allah 




Saturday, 13 July 2013

“Our relationship with Allah is a love story.”

Saya baru baca blog tentang Motivasi: Ramadhan – A Love Story ,
ayat yang menyentuh hati saya adalah :

- Bayangkan dalam minda anda individu yang paling anda cintai.
- Bayangkan sekiranya anda hanya boleh bertemu individu tersebut setahun sekali sahaja.
- Bayangkan sekiranya anda hanya mempunyai 30 hari sahaja bersama-sama individu tersebut.

mari ke blog ini untuk lebih memahami maksudnya :)
langitilahi.com

Friday, 12 July 2013

A Journey to Sri Lanka !



Alhamdulillah selamat sampai Malaysia dan dapat berpuasa Ramadhan bersama family :)
&& SELAMAT BERPUASA SEMUA ! :D

Ok, now my story at Sri Lanka, "Ayubowan"
klu diikutkan patutnya kami bertolak pada 27/6 
tapi kami diletakkan kepada group yang ke-2 bergerak iaitu pada 29/6.
Selama seminggu di Sri Lanka :)

Day 1 
Berkumpul di UM Sentral.

Perjalanan ke Sri Lanka menaiki Sri Lankan Airlines, Alhamdulilah selesa :)


Sampai sahaja di Sri Lanka, kami dibawa oleh van dari NIE. 

Sepanjang hari adalah perjalanan kami dari airport ke NIE, kami menginap di dorm NIE, 
sampai sahaja mereka menyediakan teh susu panas kepada kami :) 

Day 2
Berhenti breakfast, sangat sedap roti ayamnya, spicy & yg penting halal!


Then, berhenti untuk lunch, 

Ini bas yang kami naiki,

Sempat kami bergambar dengan teksi mereka yang dipanggil "Tuk Tuk" :)

Kami sampai di Golden Temple
Golden Temple dianggap sebagai salah satu kuil purba Buddha di Sri Lanka. 
Ia diperkaya dengan nilai arkeologi dan artistik yang telah diisytiharkan sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO. 
Kami dapati patung Buddha emas yang sangat besar daripada "Dhamma Chakka" postur  dan patung Buddha itu menggunakan konkrit dan bata dan telah bersalut emas. 



Selepas itu, kami mendaki ke puncak The Rock Temple atau The Rock of Dambulla. 
Sepanjang kami naiki kami dapati ada peniaga yang menjual patung, buah-buahan, cenderamata, baju dan lain-lain. 
Mengambil masa yang lama kerana agak tinggi tempat yang kami daki.





Selepas itu kami ke Sigiriya. Kami mendaki hampir 200 meter tinggi !!
 Menurut guru yang mengiring kami,  tapak telah dipilih oleh Raja Kasyapa . 
Beliau telah membina istana di atas batu ini dan dihiasi dengan lukisan dinding yang berwarna-warni. 
Di dataran kecil di pertengahan sisi batu ini beliau membina gerbang dalam bentuk singa yang sangat besar. 
Nama tempat ini berasal dari ini struktur  Rock Lion. Ibu kota dan istana ditinggalkan selepas kematian raja. 
Pengalaman yang amat menyeronokkan apabila kami sampai kepuncak dan dapat melihat kawasan sekeliling yang hijau dengan tanaman.




Disebabkan kawasan ini tiada masjid, kami solat didalam museum shj. 

Selepas itu perjalanan kami ke Pulathisipura National College of Education.
Kami akan menetap di sini selama 2 hari dan akan berkenalan dengan pelajar disini.
Kami amat gembira apabila disambut meriah oleh pelajar di kolej ini :)






Day 3
Kawasan kolej Pulathisipura,


Dewan makan,

Saya takkan lupe teh disana, sangat sedap :')

Hari ini kami akan berjalan2 bersama2 pelajar kolej ini :) 
1 lelaki dan 4 perempuan dan diiringi guru mereka .

Ini adalah pelajar2 yang baru masuk, junior! :) 

Kami  dibawa ke Jambatan kereta api tertua di Sri Lanka. 
Sehingga sekarang kereta api itu masih digunakan. 
Kami sempat melihat keadaan landasan kereta api itu dan melihat kereta api itu beroperasi. 



Semasa perjalanan kami ke next destination,
 kami seronok melihat tanaman sawah padi meraka,
hijau disekeliling :) 

Selepas itu, kami melawat Parakramabahu The Great. Parakramabahu adalah raja Sri Lanka 1153-1186. Kami melawat peninggalan kerajaan beliau seperti perpustakaan, bilik tidur, tandas dan lain-lain. 








Peninggalan sehingga sekarang masih digunakan adalah empangan yang besar iaitu The Parakrama Samudra (Sea of Parakarama), pengairan tangki terbesar yang dibina oleh Parakramabahu. Pada mulanya kami ingat adalah laut tetapi ia adalah empangan yang dibina oleh raja ini.


Selepas itu, kami lawati Polonnaruwa
Di sana kami lihat banyak patung Buddha yang bersaiz besar dan 
ia ada dalam keadaan duduk dan terbaring.


  



Day 4 

Perjalanan pulang ke NIE mengambil masa yang lama kerana kesesakan jalan raya dan hujan.
Kami sempat melihat sekitar kawasan Kolej Pulathisipura sebelum pergi, 
pelajar mereka sangat peramah :)





Saya akan merindui teh yang sedap disediakan kolej ini :')

Kami sempat berhenti membeli jagung HEHEH 
hanya 20 rupee satu jagung !! 50sen duit Malaysia !! 

Day 5 

Kami lawati Mount Lavinia Hotel. Ia adalah hotel tertua di Sri Lanka,
 200 tahun hotel yang mempunyai 275 bilik.
 Ia diiktiraf sebagai salah satu hotel tertua dan paling terkenal di negara Sri Lanka. 
Ia telah menjadi hotel sejak tahun 1947. Hotel ini sangat cantik dan unik, pekerjanya juga ramah. 
Ia juga berdekatan dengan pantai, pantainya sungguh cantik dan bersih.
 Memang patut menjadi tarikan pelancong ke Sri Lanka.









Pengalaman yang paling takkan lupe, 
syok2 bergambar dengan ombak, tiba2 datang ombak besar ke arah kami,
habis basah baju kami, tapi Alhamdulillah kami selamat :)

Ini semua muka2 selepas kena ombak besar HEHEH 

Selepas itu berjalan2 shopping la kami dengan basah kuyup  HUHUH

Bru kami tahu mazhab disini tidak membenarkan
 wanita masuk ke dalam masjid, hanya lelaki shj.
Terpaksa la kami solat di tempat parking, nasib Islam itu mudah :)

KFC disana tidak ada sos cili, sangat2 pelik ... 

Di House of Fashion, murah bajunya, hanya 490 rupee sehelai, kain selesa 
dan yg penting de tulisan Sri Lanka HAHAH 

ke kedai Laksala, kedai kerajaan mereka di sana, mahal tapi unik brg2 disini. 

Odel, agak mahal, tapi nasib de sale skang, dapat sluar ini dengan 
harga 250 rupee, sama dengan rm6 Malaysia :D 

Day 6

Kami berjumpa dengan Menteri Pendidikan disana! :D
Baru sy tahu mereka memberikan PENDIDIKAN PERCUMA, wow!




Selepas keluar, kami disembur ubat nyamuk HEEHE 

Kami dibenarkan berjalan2 sendiri, yay! dapat naek Tuk Tuk !! :D 



Day 7 

Last day kami .. pukul 3pagi dah bergerak ke airport ~~
Serius, i'm gonna miss Sri Lanka ...



Saya ingin berterima kasih kepada pihak Universiti Malaya dan Fakulti Pendidikan yang memberikan kami peluang untuk menjelajahi negara Sri Lanka ini. 
Peluang yang diberikan amat kami hargai dan kenangan disana tidak akan kami lupakan,
 akan sentiasa diingati.
 Juga kepada Dr.Mariani yang memberi tips sebelum kami bertolak disana, 
kawan-kawan iaitu Azmira, Yat, Hanum, Moon, Marsha, Shah, Khalil dan Osman yang banyak membantu menyeronokan perjalanan ke Sri Lanka ini. 
Juga kepada warga NIE, Pulathisipura National College dan warga Sri Lanka disana yang peramah dan banyak membantu memudahkan perjalanan kami. 
Terima Kasih!