Sunday 21 July 2013

Imam Gaza


Yesterday, Imam dari Gaza datang jadi Imam di masjid dekat rumah saya,
Tujuan Imam ini datang adalah untuk program Tabung Palestin,
seperti yang kita tahu, sebab apa yang berlaku di Mesir sekarang,
Gaza tidak dapat saluran bekalan dan bantuan kepada mereka.
So, dengan cara ini mereka ingin meminta bantuan,
bulan Ramadhan yang mulia inilah peluang kita untuk
 bersedekah dengan pahala yang berganda2 !

Ini dapat kita perhatikan menerusi satu hadis Nabi bermaksud, dari Ibnu Abbas, berkata: 
“Rasulullah SAW adalah orang yang paling dermawan dan lebih besar kedermawannya pada bulan Ramadan" 
(Hadis Bukhari dan Muslim)

Program ini menjual button Palestin, kain dan megedarkan tabung bantuan,
Alhamdulillah, dengar2 banyak kutipan yang telah diberikan :)

Imam ini sempat memberikan ucapan selepas solat Isyak,
diterjemah oleh seorang pelajar lelaki dari UIA
beliau memceritakan keadaan di Gaza, sangat sedih ...
yang paling saya ingat terdapat juga mereka yang lama tidak melihat matahari kerana
 tak keluar2 dari tempat persembunyian kerana takut diserang, Masya Allah !
mungkin yang kita mampu buat hanyalah berdoa dan menderma,
harap suatu hari nanti semua penderitaan sandara Islam kita disana akan berakhir !

Selepas itu, Imam m'imamkan kami solat Terawih,
sangat merdu bacaannya,
sampai ada makcik sebelah saya mahu menagis mendengarnya,
apabila beliau membaca doa,
seperti mendengar orang bertaranum Al-Quran,
sangat sedap bacaannya,
mereka disana sangat banyak ahli2 tahfiz, dididik dari kecil
semoga Allah melindungi mereka disana , Amin .




3 comments:

  1. Assalammualaikum Siti Maryam

    Tq for sharing. Bersyukurlah kita senantiasa kepada Allah s.w.t. Semua yang kita ada adalah sementara, yang pasti itu kekal.

    Selamat berpuasa dan berblog ...
    enjoy sharing, enjoy learning.

    Salam & doa
    Kak elin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam,
      Sama-sama Kak Elin,
      Selamat berpuasa juga kepada Kak Elin :)

      Delete
  2. Salam Minggu Haluan Siswa 2013/2014!!!

    Sempena Recognition ANDA pada 6 September 2013 nanti, kami ada tugasan ISTIMEWA untuk setiap kumpulan (coach & coachee terlibat as a group).

    Setiap group di beri 3 minit untuk melakukan presentasi (video clip atau sketsa atau nyanyian atau apa2x yg kreatif :) ) secara berkumpulan dengan berobjektif:
    1. Memperkenalkan kumpulan anda.
    2. Berkongsi faedah sebelum & selepas join Real Sahabat SERU.
    3. Promote kepada SEMUA untuk join program SERU baru.
    4. Promote kepada junior ANDA untuk vote group ANDA as the BEST group performance pada hari itu. (akan dinilai melalui sorakan & tepukan di DTC nanti, bayangkan...)

    Setiap kumpulan perlu memilih lagu tema masing-masing & mesti mengikut warna tema* berikut utk pakaian (pastikan anda kemas & menarik):
    - Visionary Star - HIJAU
    - RL Buddies - PURPLE
    - Empire Puma - BIRU
    - Prodigy - MERAH
    - Leader Resources KUNING

    *warna tema telah ditentukan melalui undian sebentar tadi.

    Group yang menang akan mendapat hadiah istimewa dari kami!

    This is your time to shine!
    Carpe Diem, seize the day, seize the opportunity and make it happen!

    Apa kata anda? Harap respon. Tq

    ReplyDelete