Tuesday, 2 April 2013

Forum Remaja: Fitnah Cinta


Alhamdulillah, ada masa malam 2/4/2013 untuk mendengar forum Fintah Cinta ini, banyak ilmu yg saya dapat :) Program mula pada 9.30pm dan tamat pada 11.30pm. Maybe bg orang dengar forum cinta2 adalah untuk org yg bercinta shj, sebenarnya tidak, kita boleh menimba ilmu dan mengambil tips2 berguna apabila sudah bersedia. 

Antara ilmu-ilmu yang saya dapat dari ahli2 panel ialah :
  • Ayat Al-Quran ada menyatakan "Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, Allah yang melimpah-limpah rahmatnya akan menanamkan bagi mereka dalam hati orang ramai perasaan kasih sayang." Ar-Ruum - Ayat 21
  • Bagi lelaki jgn la memberi harapan kepada wanita2 di luar sna dengan sms yg manja atau puji2 lawa pakain kat kelas kuliah tadi kerana hati wanita cepat terusik dan excited even dgn perkataan itu.
  • Apa yang sedih sekarang ialah ramai yang terlanjur kerana cinta palsu yang diciptakan sendiri, sampai ada yg mempermainkan hadis2 yang ada alasan untuk berkasih-kasihan.
  • Yang lebih menyedihkan lagi adalah lelaki hanya memberi ayat, perempuan dgn senangnya memberi badan.
  • Ada yang mencari cinta semata-mata taknak dicop "tidak laku" sampai menggangu pelajaran, ingatlah jangan rasa tidak laku tapi Allah ingin bagi kita bertemu cinta kita d persinggahan ke-2 kita iaitu lepas belajar or time kerja :) 
  • Elakkan bercouple, kerana ia salah satu zina, ulama2 dah terangkan kita perlu elak perkara yang membawa kepada zina, bukan hanya berzina sahaja!
  • Proses mengenal berperingkat, semasa bertunang dan kahwin, jangan apabila ada org yang suka kita, kita terus memberi hati kita 100% , ini akan menyebabkan kita menjadi terlalu bersedih apabila putus cinta.
  • Bagi remaja sekarang alam maya sangat banyak godaan, dengan gamba2 aksi menggoda dan ayat2 manja, kita perlulah kuat dan bijak supaya tidak terjerumus.
  • Jgn pentingkan rupa sahaja, komunikasi lagi penting, kerana itulah pasangan yang akan teman kita, pujuk kita, menjaga masa sakit. Jika rupa shj bagus tapi tidak pandai berkomunikasi tidak bagus.
  • Apabila blaja jgn sbukkan bcinta , zaman remaja hebatkan dri dgn ilmu, Insya Allah nti dpt jodoh yg baik. 
  • Kita sbg remaja perlu fikir adakah kita sudah dapat memberi manfaat kepada masyarakat.
  • Jangan terlalu mempromosikan diri seperti post "saya sepi" di alam maya.
  • Jangan bermain-main dengan cinta, kelak ada yang tidak berilmu membalas dendam dgn cara kasar iaitu dgn bergaduh dan cara halus dengan sihir.
  • Apabila ada yang berminat dan ingin menikah, jangan terus terima, gunakan "KONSEP SIASAT", example tgk cara dia layan org lain, maybe dengan menyamar sbg org lain.
  • Ingatlah, bercinta sebelum kahwin hanya seperti bunga api, gemilang hanya sementara, selepas kahwin hilang manisnya.
  • Suatu masa nanti kita akan rasa dri sudah bersedia dan masa itu barulah boleh bernikah.
  • Kalau tak bersedia tapi asyik teringat, terus menerus berdoa dan focus perkara yang penting.
  • Jangan kahwin hanya kerana nak elak zina sahaja, nanti apabila sudah lepaskan nafsu, kemana arah tujuan hubungan perkahwinan itu.
  • Istikharah akan tidak menjadi dan menimbulkan fitnah kalau terlalu angau sangat.
  • Kalau taknak terlepas cinta itu, cepat2 memberikan "wasiat", seperti bekenalan2 dengan keluarga pasangan dahulu.
  • Apabila sudah ada perasaan cinta itu, banyak2 beristigfar dan bersyukur kerana Allah memberi perasaan cinta itu.
  • NANTIKAN KEJUTAN MANIS DR PENCIPTA :) 


2 comments:

  1. Alhamdulillah! Well done on your blog. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  2. You're welcome :) Thank you also for your encouragement for me to do this blog.

    ReplyDelete