Thursday, 2 May 2013

Forum: Stairway to Heaven.

Minggu lepas pada 26/4/2013 iaitu hari Jumaat, saya pergi ke forum bertajuk  Stairway to Heaven



Mula2 masa tgk tajuk forum neh teringat cerita korea zaman dulu2, tajuk  Stairway to Heaven juga.


Then, sebab tajuk yang interesting bagi saya, saya berasa ingin meluangkan masa untuk ke forum itu di Akademi Pengajian Islam (API), wlpn jauh dr kolej saya, tapi sebab de bas & de kawan yg ingin teman, sy pergi untuk mendengar forum ini. 

Selepas solat magrib, sy & kawan sy Nazihah terus bergerak ke stesen bas. Disebabkan lama menunggu bas, pada pukul 8pm, kami decide untuk mengambil teksi memandangkan teksi banyak pada malam itu.

Forum ini start agak lambat iaitu pada pukul 9.30pm, ini membuat kami terpaksa balik awal sebelum forum ini habis kerana masa pukul 11pm sudah tiada bas & kami terpaksa berjalan ke kolej, jika terlalu lewat malam balik, kami risau jika ia membahayakan kami.

Kami sempat mendengar semua  hujah ahli panel, kecuali time masa soalan untuk pelajar U kemukakan kepada panel, kami tidak dapat mengikuti kerana sudah pukul 11pm, mungkin sebab lewat bermula forum ini, habis yer juga lambat.

Tapi Alhamdulillah, banyak ilmu yg kami dapat, & ahli2 panel sangat mesra & seronok memdengar mereka berhujah, dalam keadaan seronok kami, banyak juga nasihat2 yg bermakna yang patut kami ikuti.

Antara ilmu yang sy dapat adalah;
  1. Setiap orang bertindak mengikut gambaran dalam fikiran.
  2. Tidak guna jika sesuatu ilmu itu kita hanya hafal tapi tidak faham maknanya.
  3. Selama kita hidup, pernahkah kita berfikir adakah cara hidup kita menuju ke syurga ? 
  4. Kita bukan hanya jika org bertanya ingin masuk syurga, kita pun mengangkat tangan tanda ingin tapi adakah cara hidup kita ke arah syurga?
  5. Pernah kita berfikir apabila kita berada di syurga/neraka, kita tidak akan mati, jika Ya? Mengapa dunia ini yg kita terlampau mencari sampai terlupa akhirat nanti.
  6. Apabila baca Quran, kita hanya baca tapi tidak try memahami maksud yg sebenarnya, jika kita lihat zaman Nabi dahulu, sahabat2 nabi menangis apabila baca Quran.
  7. Jangan malu jika tidak tahu sgt bahasa Inggeris tapi malu jika tidak dapat kuasai bahasa Arab, iaitu bahasa syurga.
  8. Ingat dalam ingatan iaitu jaga ibu bapa selagi mereka ada, kerana dengan mereka la tiket untuk kita ke syurga, malah mereka jaga kita dari kecil dan tidak pernah jemu.
  9. Jika berlaku salah faham, jangan ambil hati, malah kita patut tidak melawan.
  10. Syurga dibawah tapak kaki ibu, mesti balas budi ibu bapa dengan menjaga mereka seumur hidup dengan baik.
  11. Mungkin kita dapat lihat, makin mereka meningkat umurnya, makin manja mereka & cepat sensitif, memang dah terbukti makin tua org akan menjadi lebih manja dan ingin perhatian lebih.
  12. Jadi, kita sebagai anak mestilah melayan kerenah ibu bapa kita krn jika difikirkan masa kita kecil, mereka melayan pelbagai ragam & kerenah kita, apalah sgt dgn kerenah mereka yg sikit itu saja.
  13. Saya teringat cerita Dr.Ahmad Faisal, beliau cerita yg ibu beliau sering mengadu lenguh2 badan, lalu beliau membelikan Ogawa kepada ibunya, tapi ibunya tidak suka meggunakan Ogawa itu dan terus-menerus mengadu sakit2 badan, lama2 Dr.Ahmad terfikir, kenapa ibunya berperangai sebegitu, semasa ondaway ke KL, beliau mendengar ceramah di radio tentang ibu bapa yg tidak perlu harta benda & duit tp hanya ingin perhatian & kasih syg dr anaknya, lalu Dr.Ahmad terus patah balik ke rumah ibunya dan mengurut badan ibunya, ibunya terus terlena & selepas itu tidak mengadu sakit badan lagi, moral of the story, ingatlah yg ibu bapa kita perlu perhatian dr kita, jgn sampai jdi anak derhaka kerana menyakiti perasaan ibu bapa kita.
  14. Kita juga perlu mencari pasangan dengan melihat kepada AGAMAnya, krn pasangan kitalah yg akan sama2 memimpin kita ke arah syurga yg kekal.
  15. Perlulah mendapat restu ibu bapa juga. 


No comments:

Post a Comment