Sunday 12 May 2013

Session 4

 Alhamdulillah nasib sempat ke session last neh pada pukul 5pm at KPS Cafe, sbb bas untuk kem saya bertolak pada pukul 7pm. Kami habiskan session ini dengan seronok, pelbagai tajuk yang kami borakkan, lama juga kami borak sampai rasa tak cukup je, nak lama2. 

Terima kasih kepada coach Azeeda, Akmal & Harif kerana banyak memberi nasihat yang sgt berguna kepada saya, dan sy rasa berguna juga kepada kawan group5 saya. Pengalaman dan nasihat yg mereka share sgt menarik dan dapat digunakan untuk panduan kami di UM ini. 

Saya tgk gambar mereka semasa 11 Mei wrap-up dgn En.Amirul sgt seronok, agak jeles jugak, tapi apalah daya, kena pergi ke kem subjek PJK saya, wajib pla tuh, 10 markah dapat untuk pergi ke kem tuh.

Banyak pengalaman yang saya dapat, lawan futsal ngan bdk sekolah menengah di Perak, lama dah tak maen futsal, kalah 2-0 , tapi seronok sgt! Then, macam biasa mesti de Malam Kebudayaan, kumpulan kami decide untuk buat dikir barat, kami reka sendiri lirik & gaya, sgt lawak, memang pengalaman yang tak dapat dilupakan walaupun menang saguhati je HAHAH 

Lastly, untuk rakan2 program SERU saya, gudluck untuk coming exam nti, moga2 berkesempatan kita berjumpa lagi :)


pinjam jap gambar Yatie eh :)

Sunday 5 May 2013

PRU13

Bertugas di Sekolah Kebangsaan Batu 4 .

Saya & kawan baik saya Syakirah , bersama2 bertugas :)


Suasana di dalam bilik pengundian. 


Tag nama saya & kawan saya.



Tahun neh PRU13 bg sy sangat meriah, atau mungkin baru saya ambil perhatian tentang ini, jujur saya katakan dulu saya tidak mahu ambil tahu langsung tentang PRU ini, just dgr org cakap & ambil tak kisah, but thn neh i feel like want to involve, nak mengundi dah tidak boleh, tak daftar lg, but for sure next PRU i will vote ! 

Even I dont vote, saya jadi AJK Pilihan Raya, but sbb baru lagi, so shift sy pukul 2ptg-4ptg sahaja, yg dah berpengalaman baru dia bagi kerja yg agak susah.

Walaupun sekejap, saya saya excited & happy sgt dengan pengalaman yg saya dapat, saya dapat merasa suasana bagaimana pilihan raya itu sendiri, yang penting rasa menjadi orang yg menjalankan tugas, tugas saya senang je, just potong nama pengundi yang datang & make sure SPR menjalankan tugas dgn telus. 

Thursday 2 May 2013

Session 3


26/4/2013, 9.30am, pada coaching ke-3 kami, kami lakukan ditempat sama, tapi masa sahaja yang tukar, kami lakukan pada waktu pagi. 

Coach Harif & Azeeda yg dtg, mereka membincangkan apa yang perlu dibuat dengan buku kami, mereka menyuruh kami mengisi buku supaya next coach senang membincangkan tentang kami. 

Kami juga diajak berborak untuk menceritakan apa sahaja yang kami telah lakukan sepanjang minggu itu. Walaupun agak kekok, sy nampak yg kami semua telah buat yg terbaik untuk bercakap apa yang telah kami dilakukan kepada org lain. 

*Sy sedih kerana tidak dapat mengikuti Wrap Up sesion dengan En.Amirul pada 11 May 2013 kerana ada Kem Pendidikan Jasmani sy pada 10-12 May, tapi takpa, nasib coach akan tolong hantarkan buku saya :)

Malam Anugerah Kurshiah (M.A.K) dinner ~





Saya dr Kolej Kediaman Kurshiah telah menghadiri Malam Anugerah Kurshiah (M.A.K). Mula2 apabila tahu yang kami akan dihidangkan makanan Cina, sy risau kerana tidak biasa makan, tapi apabila duit RM100 kami telah dipotong dalam yuran kami, sy pergi sahaja, mengambil pengalaman, berasa dinner di Royal Chulan Hotel, KL. 

Bas disediakan, nasib tempat solatnya selesa, selesai solat maghrib baru kami pergi ke dewan makan. Saya amat tertarik dengan design hotel ini, unik & menarik!

Malam itu bertujuan untuk memberi anugerah kepada warga Kurshiah yg aktif dengan aktiviti sepanjang tahun ini. Saya semasa itu berasa kesal kerana tidak mengikuti mana2 projek di Kurshiah, ini mungkin kerana saya pada mulanya masih tidak berani untuk mengikuti aktiviti itu.

Aktiviti yg saya ikuti banyak dari aktiviti dari Persatuan Awal Kanak2, persatuan dr course saya, kami diwajibkan masuk bagi 1st year, tp walaupun dipaksa awalnya, selepas mengikuti aktiviti saya berasa seronok & berbaloi dengan pengalaman yg bermakna yang saya dapat. 

Walaupun agak risau untuk mengikuti mana2 aktiviti, jika diingatkan semasa sy Diploma sebelum ini, 1 aktiviti pun sy tidak ikuti, sy hanya focus belajar, dan aktiviti sy hanya keluar dgn rakan2 saya. 

Tapi masuk UM ini, sy bertekad untuk masuk mana2 aktiviti, program yg saya dengan sendirinya ingin mengikuti tanpa paksaan ialah Program Seru ini & Kem JATI diri. Walaupun diikutkan hanya 2 aktiviti yg sy berani ikut wlaupun tiada kawan teman, Alhamdulillah bg sy sudah sedikit setapak kearah matlamat sy untuk aktif dalam program2 :)

FESTAKA 2013 !






Pada 28/4/2013, hari SABTU, sy menghadiri program FESTAKA, kawan2 PAKK sy terlibat dalam projek FESTAKA iaitu Festival Tari Kanak-Kanak. Saya amat menyukai kanak2, sesuai dengan course saya Pendidikan Awal Kanak-kanak (PAKK) :) 

Apabila kawan saya mengajak sy ke aktiviti ini saya rasa tak sabar ingin melihat adik2 kecil menari tarian tradisional kita di Malaysia ini.

Saya masih teringat gaya lincah dan bertenaga kanak2 dr pelbagai sekolah, ada diantara mereka telah menjuarai banyak anugerah dlm seni tarian tradisional ini. Saya juga amat terkejut dengan kebolehan mereka menari seperti professional. 


Untuk pelajar UM, kami hanya perlu membayar RM2 , juga dapat gift 1 deodorant dr Dove. Selepas habis semua persembahan, sy dan kawan bergambar dengan salah seorang kanak2 yg menari, sangat comel. 


Saya dan rakan juga membeli baju official dr FESTAKA, hanya rm18, juga dpt gift 1 deodorant spray dr Dove. Baru sy tahu wangi juga deodorant Dove , hehe :)






Picnic with my friend♥







Pada 27/4/2013, kawan2 sy di high school dulu merancang membuat picnic, dalam sibuk dengan kerja2 di U, kami meluangkan masa untuk beriadah dan berjumpa dengan picnic di Taman Layang-layang :)

Dengan cara ini saya dapat mengurangkan tekanan menyiapkan pelbagai tugasan di U, sy amat seronok kerana kami dapat bertukar cerita & bergembira dgn makanan yg dibawa scr 'potluck'. Sy hanya menyumbang dgn membawa air. 

Yg penting aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara kami, Amin :)



Forum: Stairway to Heaven.

Minggu lepas pada 26/4/2013 iaitu hari Jumaat, saya pergi ke forum bertajuk  Stairway to Heaven



Mula2 masa tgk tajuk forum neh teringat cerita korea zaman dulu2, tajuk  Stairway to Heaven juga.


Then, sebab tajuk yang interesting bagi saya, saya berasa ingin meluangkan masa untuk ke forum itu di Akademi Pengajian Islam (API), wlpn jauh dr kolej saya, tapi sebab de bas & de kawan yg ingin teman, sy pergi untuk mendengar forum ini. 

Selepas solat magrib, sy & kawan sy Nazihah terus bergerak ke stesen bas. Disebabkan lama menunggu bas, pada pukul 8pm, kami decide untuk mengambil teksi memandangkan teksi banyak pada malam itu.

Forum ini start agak lambat iaitu pada pukul 9.30pm, ini membuat kami terpaksa balik awal sebelum forum ini habis kerana masa pukul 11pm sudah tiada bas & kami terpaksa berjalan ke kolej, jika terlalu lewat malam balik, kami risau jika ia membahayakan kami.

Kami sempat mendengar semua  hujah ahli panel, kecuali time masa soalan untuk pelajar U kemukakan kepada panel, kami tidak dapat mengikuti kerana sudah pukul 11pm, mungkin sebab lewat bermula forum ini, habis yer juga lambat.

Tapi Alhamdulillah, banyak ilmu yg kami dapat, & ahli2 panel sangat mesra & seronok memdengar mereka berhujah, dalam keadaan seronok kami, banyak juga nasihat2 yg bermakna yang patut kami ikuti.

Antara ilmu yang sy dapat adalah;
  1. Setiap orang bertindak mengikut gambaran dalam fikiran.
  2. Tidak guna jika sesuatu ilmu itu kita hanya hafal tapi tidak faham maknanya.
  3. Selama kita hidup, pernahkah kita berfikir adakah cara hidup kita menuju ke syurga ? 
  4. Kita bukan hanya jika org bertanya ingin masuk syurga, kita pun mengangkat tangan tanda ingin tapi adakah cara hidup kita ke arah syurga?
  5. Pernah kita berfikir apabila kita berada di syurga/neraka, kita tidak akan mati, jika Ya? Mengapa dunia ini yg kita terlampau mencari sampai terlupa akhirat nanti.
  6. Apabila baca Quran, kita hanya baca tapi tidak try memahami maksud yg sebenarnya, jika kita lihat zaman Nabi dahulu, sahabat2 nabi menangis apabila baca Quran.
  7. Jangan malu jika tidak tahu sgt bahasa Inggeris tapi malu jika tidak dapat kuasai bahasa Arab, iaitu bahasa syurga.
  8. Ingat dalam ingatan iaitu jaga ibu bapa selagi mereka ada, kerana dengan mereka la tiket untuk kita ke syurga, malah mereka jaga kita dari kecil dan tidak pernah jemu.
  9. Jika berlaku salah faham, jangan ambil hati, malah kita patut tidak melawan.
  10. Syurga dibawah tapak kaki ibu, mesti balas budi ibu bapa dengan menjaga mereka seumur hidup dengan baik.
  11. Mungkin kita dapat lihat, makin mereka meningkat umurnya, makin manja mereka & cepat sensitif, memang dah terbukti makin tua org akan menjadi lebih manja dan ingin perhatian lebih.
  12. Jadi, kita sebagai anak mestilah melayan kerenah ibu bapa kita krn jika difikirkan masa kita kecil, mereka melayan pelbagai ragam & kerenah kita, apalah sgt dgn kerenah mereka yg sikit itu saja.
  13. Saya teringat cerita Dr.Ahmad Faisal, beliau cerita yg ibu beliau sering mengadu lenguh2 badan, lalu beliau membelikan Ogawa kepada ibunya, tapi ibunya tidak suka meggunakan Ogawa itu dan terus-menerus mengadu sakit2 badan, lama2 Dr.Ahmad terfikir, kenapa ibunya berperangai sebegitu, semasa ondaway ke KL, beliau mendengar ceramah di radio tentang ibu bapa yg tidak perlu harta benda & duit tp hanya ingin perhatian & kasih syg dr anaknya, lalu Dr.Ahmad terus patah balik ke rumah ibunya dan mengurut badan ibunya, ibunya terus terlena & selepas itu tidak mengadu sakit badan lagi, moral of the story, ingatlah yg ibu bapa kita perlu perhatian dr kita, jgn sampai jdi anak derhaka kerana menyakiti perasaan ibu bapa kita.
  14. Kita juga perlu mencari pasangan dengan melihat kepada AGAMAnya, krn pasangan kitalah yg akan sama2 memimpin kita ke arah syurga yg kekal.
  15. Perlulah mendapat restu ibu bapa juga.