Thursday 2 May 2013

Malam Anugerah Kurshiah (M.A.K) dinner ~





Saya dr Kolej Kediaman Kurshiah telah menghadiri Malam Anugerah Kurshiah (M.A.K). Mula2 apabila tahu yang kami akan dihidangkan makanan Cina, sy risau kerana tidak biasa makan, tapi apabila duit RM100 kami telah dipotong dalam yuran kami, sy pergi sahaja, mengambil pengalaman, berasa dinner di Royal Chulan Hotel, KL. 

Bas disediakan, nasib tempat solatnya selesa, selesai solat maghrib baru kami pergi ke dewan makan. Saya amat tertarik dengan design hotel ini, unik & menarik!

Malam itu bertujuan untuk memberi anugerah kepada warga Kurshiah yg aktif dengan aktiviti sepanjang tahun ini. Saya semasa itu berasa kesal kerana tidak mengikuti mana2 projek di Kurshiah, ini mungkin kerana saya pada mulanya masih tidak berani untuk mengikuti aktiviti itu.

Aktiviti yg saya ikuti banyak dari aktiviti dari Persatuan Awal Kanak2, persatuan dr course saya, kami diwajibkan masuk bagi 1st year, tp walaupun dipaksa awalnya, selepas mengikuti aktiviti saya berasa seronok & berbaloi dengan pengalaman yg bermakna yang saya dapat. 

Walaupun agak risau untuk mengikuti mana2 aktiviti, jika diingatkan semasa sy Diploma sebelum ini, 1 aktiviti pun sy tidak ikuti, sy hanya focus belajar, dan aktiviti sy hanya keluar dgn rakan2 saya. 

Tapi masuk UM ini, sy bertekad untuk masuk mana2 aktiviti, program yg saya dengan sendirinya ingin mengikuti tanpa paksaan ialah Program Seru ini & Kem JATI diri. Walaupun diikutkan hanya 2 aktiviti yg sy berani ikut wlaupun tiada kawan teman, Alhamdulillah bg sy sudah sedikit setapak kearah matlamat sy untuk aktif dalam program2 :)

No comments:

Post a Comment